Free Kos Marketing

Jika anda tidak pernah buat jualan secara online.

Saya sarankan untuk anda buat ‘Free Kos Marketing’ (FKM) terlebih dahulu.

Tujuan FKM adalah untuk anda belajar buat sales dengan kos sekecil yang mungkin.

Walaupun bunyi FKM macam tak menarik seperti FB Ads.

Saya ada kenalan yang mampu buat income bersih 5 angka sebulan!

So apa yang anda perlu buat sekarang?

1. Anda perlu tahu siapa potensi pelanggan anda

2. Anda perlu sediakan ayat untuk menjual kepada mereka

3. Sebarkan ayat beserta gambar/video tentang produk anda kepada mereka

1. Anda perlu tahu siapa potensi pelanggan anda

Ini benda pertama yang anda perlu buat. Anda kena tahu anda ingin jual produk anda kepada siapa?

Ramai penjual gagal kerana mereka kata ‘Oh, produk aku sesuai untuk semua orang!’

Anda perlu jadi lebih spesifik untuk dapat buat copywriting* yang lebih berkesan

*Copywriting = Ayat Jualan

Contoh jika saya jual nasi kandaq.

Saya kena fikir siapa yang berpotensi besar untuk beli nasi kandaq saya ni.

Saya boleh pilih untuk menjual kepada:

– CEO
– Pelajar
– Dan banyak lagi

2. Anda perlu sediakan ayat untuk menjual kepada mereka

Cara saya menulis iklan untuk CEO adalah sangat berbeza kepada pelajar.

Contoh ayat iklan kepada CEO

Jom belanja staff anda makan nasi kandaq Uncle Botak. Mesti mereka akan sayang anda lebih dan buat kerja lebih bersungguh-sungguh!

Contoh ayat iklan kepada pelajar

Jom makan nasi kandaq Uncle Botak! Nasi + Ayam Goreng + Sayur hanya RM5! Jimat dan sedap!

Tips Rahsia: Kalau anda betul-betul pening tak tahu nak tulis macam mana. 

Boleh pergi search barang yang anda jual di FB. Anda boleh gunakan ayat jualan yang orang lain buat sebagai inspirasi. 

Jangan ‘copy paste’ bulat-bulat pulak.

3. Sebarkan ayat beserta gambar/video tentang produk anda kepada mereka

Bila anda sudah siap buat ayat jualan. 

Anda perlu sebarkan ayat jualan + gambar/video kepada prospek-prospek anda.

 

Antara cara yang anda boleh buat ialah:

a. Cari FB Group di mana ramai prospek anda berada. Post dalam group tersebut kalau mereka benarkan orang luar untuk post.

b. Upah seorang pelajar untuk post ke dalam whatsapp group/FB group mereka. Anda boleh juga minta mereka untuk forward iklan anda dalam whatsapp.

c. Upah pensyarah/cikgu untuk sebarkan kepada pelajar-pelajar mereka. Mungkin anda boleh lantik mereka jadi ejen.

Anda boleh berikan upah dalam komisen untuk kurangkan risiko anda.

Ini bermaksud kalau mereka dapat memberikan sales. Baru mereka mendapat upah.

Upah juga tak semestinya dalam bentuk duit.

Contoh untuk nasi kandaq, saya akan bagi ejen saya makan free kalau mereka dapat bawa 3 orang kawan datang ke kedai.

Apa Nak Buat Kalau Iklan Anda Tidak Dapat Membawa Apa-Apa Sales?

Biasanya ada 2 sebab utama:

1. Tak ramai orang nampak iklan anda.

Anda mungkin perlu cari lebih banyak group dan post dengan lebih kerap.

Cuma saya perlu bagitahu yang FB tidak suka kalau kita post terlalu banyak ke dalam group-group.

FB akan anggap anda sedang spam group tersebut dan akan ban anda.

Cara yang paling selamat yang saya rekomen anda buat adalah untuk mencari lebih ramai ejen.

Minta mereka post ke dalam group-group yang mereka sudah join.

2. Offer anda tidak kuat

Ada banyak kemungkinan yang membuatkan offer tidak kuat.

Anda boleh dapatkan maklumat ini dengan bertanya kepada prospek anda:

“Cuba tengok iklan ni. Kau rasa kau akan beli tak? Kenapa?”

Anda boleh masukkan sebab mereka tak membeli itu ke dalam copywriting anda.

Contoh:

Harga produk kita terlalu mahal

Copywriting untuk Nasi Kandaq:

Semua bahan-bahan yang digunakan dalam Nasi Kandaq Uncle Botak adalah organik.

Kami memilih semua yang berkualiti tinggi supaya anda boleh menikmati nasi kandaq kami sambil kesihatan masih terjaga.

Anda perlu menjadi kreatif dalam copywriting. Teruskan menulis dan test offer anda.

Selagi anda tidak mendapat sales, anda perlu ubah suai offer anda.

Itu sahaja untuk FKM. 

Saya harap anda akan take action dan boleh kongsi kisah kejayaan anda kepada saya nanti.

Berjuanglah!
Tun Khairi Ariff

Khas Buat Mereka Yang Jana
Minimum RM10,000 Sebulan

Jadi ‘Insider Like Method’ Dan Dapatkan Tips Letupkan Bisnes Anda Jadi 7 Angka Setahun!

Khas Buat Mereka Yang Jana
Minimum RM10,000 Sebulan

Jadi ‘Insider Like Method’ Dan Dapatkan Tips Letupkan Bisnes Anda Jadi 7 Angka Setahun!