Berdasarkan pengalaman saya menguruskan iklan client dan sendiri berjumlah lebih 8 angka.
Ada 2 sahaja benda yang anda WAJIB TAHU:
1. Audience
2. Offer
Kalau anda betul-betul faham 2 perkara di atas.
Kebarangkalian anda untuk buat sales dengan iklan adalah sangat besar.
Jom saya terangkan!
1. Audience
Sebelum anda buat iklan. Anda perlu tahu siapa potensi pelanggan anda?
Kesilapan paling besar yang ramai orang buat ialah mereka cakap ‘Produk aku ni sesuai untuk semua orang!’
Iklan yang bagus ialah iklan yang dapat menyentuh emosi prospek.
Cuba bandingkan 2 iklan di bawah ini:
a) Semua orang makan produk ABC akan kurus!
b) Produk ABC dibuat khas untuk wanita lepas bersalin kuruskan badan.
Agak-agak anda iklan mana yang akan bagi result paling bagus?
Sudah tentu iklan (b) kerana ia lebih spesifik dan menjentik emosi para ibu yang ingin kuruskan badan.