
Facebook Ads Basic
Lesson 3: Iklan
Sekarang anda perlu buat iklan.
Ini merupakan benda yang mudah untuk dibuat bila anda tahu siapa target market anda dan apa offer yang anda nak beri kepada mereka.
Ada 2 benda yang anda perlu buat sekarang:
1. Gambar/Video produk anda
2. Ayat jualan
Gambar/Video Produk Anda
Dalam FB Ads, benda yang paling penting sekali ialah gambar atau produk.
Ini benda yang prospek akan tengok dulu bila anda buat iklan.
Oleh itu, anda perlu menggunakan gambar/video yang dapat menarik perhatian prospek anda.
Ini contoh gambar yang digunakan untuk promote Nasi Kandar.
Gambar ini menunjukkan apa prospek akan dapat. Harga pun terpampang jelas.
Ayat Jualan
Ini skrip yang anda boleh guna untuk buat ayat jualan:
1. Tulis masalah prospek dalam bentuk soalan
2. Bagitahu macam mana produk/servis anda boleh selesaikan
3. Huraikan produk/servis anda
4. Masukkan ‘5 Tiang Irresistible Offer’ (Klik sini untuk rujukan)
5. Bagitahu macam mana prospek boleh buat pembelian
Ini contoh ayat jualan untuk promosi Nasi Kandar
Bosan asyik makan benda sama di rumah?
Jom makan Nasi Kandaq Uncle Botak!
Best seller kami ‘Set Ayam Goreng’! Anda akan dapat:
– Nasi kuning asli kedah
– Ayam goreng berempah
– Telur masin
– Bendi
– Taburan bawang goreng
Harga hanya RM10.50 untuk 1 set.
Sekarang sempena PKP, setiap order akan dapat Air Sirap Ais percuma!
Dan kalau anda order 3 bungkus. Kami akan tanggung kos penghantaran anda.
Jika anda berminat, boleh whasapp kami di 01233445567
Ini cara saya guna skrip di atas
1. Tulis masalah prospek dalam bentuk soalan
Bosan asyik makan benda sama di rumah?
2. Bagitahu macam mana produk/servis anda boleh selesaikan
Jom makan Nasi Kandaq Uncle Botak!
3. Huraikan produk/servis anda
Best seller kami ‘Set Ayam Goreng’! Anda akan dapat:
– Nasi kuning asli kedah
– Ayam goreng berempah
– Telur masin
– Bendi
– Taburan bawang goreng
4. Masukkan ‘5 Tiang Irresistible Offer’ (Klik sini untuk rujukan)
Sekarang sempena PKP, setiap order akan dapat Air Sirap Ais percuma!
Dan kalau anda order 3 bungkus. Kami akan tanggung kos penghantaran anda.
*Saya beri ‘free gift’ dan ‘kos postage’ percuma
5. Bagitahu macam mana prospek boleh buat pembelian
Jika anda berminat, boleh whasapp kami di 01233445567
Sila Komen Di Bawah
Sekarang cuba tulis skrip jualan untuk produk atau servis anda pula di bahagian komen di bawah


