Facebook Ads Basic

Lesson 4: Setting FB Ads

Untuk mula buat iklan, anda perlu ada:

1. Facebook Page

2. Akaun Iklan (FB Ads)

Kalau anda nak tahu, sebenarnya FB sendiri telah buat panduan yang sangat lengkap.

Mereka sediakan video ‘step by step’ bagaimana untuk mula buat iklan dengan berkesan.

Anda juga boleh translate kepada bahasa melayu untuk lebih mudah faham.

Facebook Page

Anda boleh rujuk sini untuk cara buat FB Page:

https://www.facebook.com/business/learn/lessons/get-started-with-facebook-pages

Kalau anda ingin tukar kepada bahasa melayu, anda boleh pergi ke bawah sekali dan tekan ‘bahasa melayu’.

Akaun Iklan (FB Ads)

Untuk cara buat iklan pula, anda boleh rujuk di sini:

https://www.facebook.com/business/learn/categories/advertising-on-facebook

Beberapa Benda Anda Perlu Tahu Kalau Ini Kali Pertama Anda Buat Iklan

1. Pilih objective ‘engagement’ kalau iklan anda tidak mempunyai link. 

Contoh: Kalau dalam ayat iklan anda. Anda minta orang untuk komen untuk order.

2. Pilih objective ‘traffic’ kalau iklan anda ada link.

Contoh: Kalau anda ada letak link whatsapp dalam iklan. Guna objective ini.

3. Pilih ‘Video View’ kalau iklan anda menggunakan video.

4. Untuk placement: Pilih Device: Mobile & Placement: News Feed sahaja dahulu

5. Bila iklan anda sudah membawa hasil. Anda boleh cuba objective, device dan placement yang lain-lain.

 

Ini cara saya buat iklan untuk promosi Nasi Kandar

1. Ini post iklan yang saya dah buat di page saya. *Kalau nak belajar cara tulis iklan boleh klik sini.

2. Saya buat iklan objective ‘traffic’ sebab saya ada letak link whatsapp.


3. Untuk jenis traffic. Anda boleh pilih website.

4. Di bahagian audience. Benda yang paling penting bagi saya ialah location. Saya menggunakan ‘drop pin’ untuk lokasi yang lebih tepat dan kecil.

*Kalau nak belajar cari siapa audience anda. Boleh klik sini

5. Untuk placement saya pilih Device: Mobile & Newsfeed


6. Untuk optimization, pilih ‘Link Clicks’. Dan budget ikut anda. Biasanya saya start dengan RM10 sehari. Anda boleh tutup iklan bila-bila masa. Klik ‘continue’.

7. Di sini anda boleh pilih page anda. Kalau anda ada instagram, boleh pilih akaun anda di situ juga.

8. Kemudian anda boleh pilih post yang telah anda buat di page.

9. Lepas tu anda boleh tekan ‘confirm’ dan iklan anda sudah siap!

Tahniah! Sekarang anda boleh tunggu prospek untuk hubungi anda.

*Kalau nak belajar cara buat prospek terus bayar tanpa soal boleh klik sini

Terima kasih sebab sudi membaca panduan FB Ads basic dari saya.

Saya harap ia dapat memberi manfaat kepada anda.

By the way, saya dalam proses untuk menyiapkan Tutorial FB Ads dalam bentuk Video

Yang ini adalah panduan berbayar.

Kalau anda berminat, anda boleh masukkan email anda di bawah.

Saya akan berikan diskaun istimewa bila program ini ready nanti

Ada Soalan?

Anda boleh komen di bawah